About Me

1. Siapa aku?
Nama sangatlah panjang sampai susah nak hafal waktu sekolah rendah dulu. Sepatutnya nama kemetot saja, tapi kakak + abang excited menambah. Jadilah gitu namanya..-Fatimah Nabila-

2. Asal dari mana?
CiK Timm memang dilahirkan+dibesarkan di Kedah. Ha..sebab tu kalau perasan dalam blog ni banyak terselit perkataan-perkataan yang kurang difahami oleh Dewan Bahasa & Pustaka. Dah la ayat pun tunggang langgang, sebab tu terpaksa kuburkan impian nak menulis novel. Aduhai..tsktsk..

3. Pasaipa CiK Timm berblog?
Blog CiK Timm muncul seiring dengan kebosanan melanda semasa CiK Timm di Tahun 1 universiti. Sebelum ni CiK Timm tak pernah membaca blog orang dan CiK Timm tak tau pun blog tu apa. Entah macamana, CiK Timm pi sign in dengan blogger punya website. Dari situ, CiK Timm mula menggodek dan berguru dengan Google apa yang ada dan muncul lah blog caca merba ni..TARAA!!

4. Sekarang tengah buat apa?
Tengah dalam training MT, untuk restoran manager punya pengurusan. Pelik kan tetiba student sains tulen minat dengan f&b? Rezeki kan, sekurang-kurangnya ada juga kerja dari tak ada langsung kan. Doakan CiK Timm berjaya harungi 6 bulan ni!

5. Bekerja sebagai?
Cik Timm sekarang bekerja sebagai Assistant Restaurant Manager di sebuah restoran bertempat di Pavilion. Alhamdulillah, masih lagi mencari tujuan hidup yang sebenar. Tskktskk...

p/s: tak tau nak bagitau apa lagi dalam ni..jgn segan-segan, anda boleh angkat kaki kalau nak tanya soalan.. ;p

1 comment:

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com