Wednesday, May 24, 2017

Senangnya Booking Hotel dengan Agoda

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Sangat memudahkan apps sekarang ni, contohnya macam Trivago, Agoda, Booking, etc. Baru-baru ini Cik Timm bercuti di Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis kenduri kahwin. Alang-alang Cik Timm tidur hotel selama 3 hari 2 malam. 


Pembayaran pun dengan Maybank2U, Cik Timm berlenggang je check-in hotel dengan hanya menunjukkan booking ID. 


Cik Timm ke Kuala Lumpur dengan menaiki ets. Pukul 6.20am Cik Timm dah bertolak dari KTM Bukit Mertajam dan sampai KL Sentral pukul 10.30am. ETS memang mudah, dan menjimatkan masa. Cuma agak mahal jika dibandingkan dengan tiket bas ekspress. 


Sampai awal di sana, Cik Timm isi perut dulu di Burger King dan topup kad Touch & Go dulu. Tips dari Cik Timm, kalau nak pusing-pusing KL dengan kenderaan awam better ada kad Touch & Go. Cik Timm pun guna kad Watson je. Malas nak beratur ramai-ramai beli token. Pemalas tau..


Lepas tu, ambil monorel ke Imbi. Jalan sikit dari stesyen Imbi ke Simms Boutique Hotel tak sampai 5 minit tau. Disebabkan sampai awal, Cik Timm tinggalkan dulu beg di hotel sebab check-in pukul 2pm. Cik Timm jenjalan dulu di Bukit Bintang. Dapatlah tengok outlet Cik Timm kerja dulu di Pavilion. Dah tukar ke Pavilion Elite pulak, gambar tak ada, nanti kalau gi Pavilion boleh cari.



Cik Timm lunch di Food Court Pavilion dan check-in hotel pukul 3pm. Alahai, comel sungguh bilik Cik Timm. Padanlah dengan harga, Single Bed Room tak ada tingkap, tapi lengkap dengan katil single, bilik air dengan tuala, Wifi pun ada. Cik Timm dapat hotel ni dengan harga promosi supersaver tak sampai RM100 pun dua malam disini.








Simms Boutique Hotel Bukit Bintang
Alamat: No 180, Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2145 1180
Fax: 03-2145 0180


Petang tu Cik ke bazar di Masjid Jamek, cari telekung mak pesan. Punya pusing sampai ceruk-ceruk kedai, memang dah tak ada jual yang Cik Timm pernah beli dulu. Dapat pun jenis yang sama, tapi warna lain.
Punya panaih la sini, aduhai, basah ketiak. Nasib baik hari Jumaat. Tak ramai sangat umat manusia, kalau ikut memang lagi ramai. Senang sikit cari barang. Settle cari barang, Cik Timm ke KL Sentral untuk berjumpa kawan lama semasa di universiti. Seronok bersembang sampai malam.
Balik hotel, nikmatnya dengan ada wifi, sambil menonton astro fox, golek-golek bawah selimut sebab sejuk air-cond. Tak rugi Cik Timm pilih hotel ni, walaupun bilik tak ada tingkap. Hehehe..
Read More

Monday, May 22, 2017

Giveaway CASH RM1000+ Mei 2017 by Emas Putih

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
As-Salam


Read More

Best Ke Guna Astro Njoi?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Njoi, Free satellite tv from astro

Dah masuk 5 bulan Cik Timm menonton TV menggunakan ASTRO NJOI. Dengan hanya bayaran sebanyak RM385, Cik Timm dapat sekali dekoder dan juga upah pemasangan. Dah lama dah Cik Timm nak pasang, tapi asyik tertangguh sampailah satu hari aerial tv kena sambar kilat sampai nak tengok tv pun tak nampak. Kesian mak tengok tv tak syok.


Cik Timm dah terlupa dapat nombor telefon dealer ni dari mana, rasanya dari Google kot? Jadi kalau orang Kulim nak pasang boleh WhatsApp nombor ni;
019-523 9944
Sekejap je depa reply, Cik Timm bagi detail nama, alamat, no ic dengan no telefon. Proses pemasangan dalam 2-4 hari selepas Cik Timm bagi detail. Dalam 4 hari selepas tu, depa hantar mesej untuk pemasangan. 


Macam-macam siaran yang dapat, walaupun siaran tak semeriah Astro, tapi bolehlah. Orang dekat rumah ni selalu bukak TV3 or TV1 je. Kalau pasang Astro rugi, bukan tengok tv sangat pun. Tapi, kalau hujan, sama juga macam Astro, tak dapat nak menonton.


Antara rancangan free yang dapat;

njoi, astro

njoi, astro, rancangan njoi

Kira oklah kan, kalau rasa nak tengok cerita yang best, boleh beli rancangan TV berbayar yang lain. Kawan-kawan cakap boleh beli macam kad prepaid tu dekat kedai-kedai yang terpilih macam 7 Eleven atau Petronas. Disebabkan Cik Timm malas nak keluar, Cik Timm guna Maybank2u jer. Nanti Cik Timm sambung entry cara untuk beli prepaid Njoi guna online banking. Lagi mudah dan simple!


Dalam 2 bulan Cik Timm guna, Cik Timm dapat rancangan Astro Warna, Astro Bella & Astro Citra secara percuma. Pulun tengok la sebab rancangan dia best! 


Lepas Cik Timm pasang Njoi ni, semua yang datang rumah nak tukar dari Astro ke Astro Njoi sebab lebih menjimatkan. Betul jugak, kadang-kadang channel banyak-banyak bukan tengok sangat. Sekarang ramai yang rela layan handphone dari tengok tv, kan? Lepas tu, Astro ni selalu mengulang cerita yang sama selama sebulan. Cik Timm pun sebelum ni pernah pakai Astro. Itu pun kakak yang pasang sebab teringin tengok Astro. Lepas beliau kahwin, kakak amiklah decodernya pasang di rumah beliau di Pulau Pinang. 


Hampa di rumah pasang apa dekat rumah untuk menonton tv? Meh le share~
Read More

Wednesday, May 17, 2017

Selamat Hari Guru!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Image result for selamat hari guru
Sumber: Google Images

Selamat Hari Guru Cik Timm nak ucapkan kepada semua guru-guru di luar sana secara langsung atau tidak langsung. Sama ada formal atau tak formal.

  • Tadika KEMAS Sg. Ular
  • Sekolah Kebangsaan Sungai Ular
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim
  • Kolej Matrikulasi Perlis
  • Universiti Malaysia Sarawak
Cikgu ni macam-macam, cikgu KAFA ada, jurulatih palapes pun ada, pengalaman pun guru jugak kan? Mak Cik Timm sendiri pun cikgu mengajar budak-budak mengaji.

Beruntung orang yang jadi cikgu or guru ni kan. Sentiasa dapat pahala sebab mengajar dan berkongsi ilmu dengan anak murid.

Terima kasih cikgu sebab alhamdulillah Cik Timm dah jadi manusia sekarang ni hah 💓
Read More

Monday, May 15, 2017

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 30

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Artis Baharu Lelaki Popular
Khai Bahar

Artis Baharu Wanita Popular
Sweet Qismina

Artis Versatil Popular
Ifa Raziah

Pengacara TV Popular
Neelofa

Artis Komedi Popular
Zizan Razak

Penyanyi Lelaki Popular
Khai Bahar

Penyanyi Wanita Popular
Siti Nordiana

Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular
Akim & The Majistret

Penyampai Radio Popular
Radin (Era)

Pelakon TV Wanita Popular
Janna Nick

Pelakon TV Lelaki Popular
Fattah Amin

Pelakon Filem Wanita Popular
Fazura

Pelakon Filem Lelaki Popular
Zul Ariffin

Penerima Anugerah Sepanjang Hayat
Ella

Anugerah Bintang Paling Popular
Fattah Amin


Hari ini Cik Timm berkesempatan menonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian di TV3. Bagi Cik Timm memang sesuai pengacaranya, Faizal Ismail, Zulin Aziz & Ogy Ahmad Daud bergandingan. Kiranya zaman dulu punya veteran + golongan newbie. Cuma Kak Ogy macam sedikit over jer sampai tenggalam dua orang pengacara lain tu.

Tapi Cik Timm pening dengan iklan dari DSV ni hah, pamoga tak habis-habis. Pening kepala dibuatnya tau. Zaman excited dulu-dulu masa tengok ABPBH tak sama dengan sekarang. Hurm, gelak sorang-sorang Cik Timm baca tweet memasing dalam #abpbh30 . Memang made my day.

Apa pun tahniah kepada Fattah Amin kerana memenangi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2017. Cuma Cik Timm perasan macam tak proper pulak anugerah Fattah Amin ni dari bawah pentas, macam krikkrikkrik. Lepas tu, persembahan terakhir dari Ayda Jebat & Elly Mazlein. Serius macam caca merba sebab dah overrun atau pun terlebih masa.

Diharap, ABPBH yang akan datang akan mengembalikan kegemilangan zaman kami semua excited nak tengok sampai sanggup siapkan kerja sekolah semata-mata nak tengok rancangan ni. Hanya sekadar pandangan kecil dari Cik Timm je yer..

Hampa semua tengok ke tadi??


Read More

Sunday, May 14, 2017

Review: Bioglo ClearPore Deep Cleansing Mask

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Ha, anda semua ada masalah blackhead + whitehead tak? Tipu kalau cakap tak ada kan. Cik Timm pun dalam phone acah-acah muka bersih macam telur rebus yang dikupas memang ilusi tu. Kalau zoom + tak ada filter camera memang nampak hah..

Nak buat macamana, memang salah satu kejadian normal untuk manusia, kira macam natural phenomena katanya~ 

Jadi untuk mengurangkan masalah ini, nasib baik Cik Timm terjumpa produk ni. Mask yang memang best untuk guna, ada jual di Cosway sahaja. Boleh cari di sana ye, harga dalam RM30+ tak silap. Lagipun Cik Timm bukan member. Kalau member murah sikit.


Cara pemakaian pun senang, Basuh muka dulu dengan pencuci muka, apply di seluruh muka atau tempat yang bermasalah sahaja. Elakkan letak tepi-tepi anak rambut, bawah mata & tepi mulut. Penting! Jangan letak dekat situ, teriak nak cabut!

Ini dia muka togel ye~

Biarkan mask sampai kering, boleh cabut dari luar ke dalam. Settle cabut, cuci muka dengan toner dan pakai moisturiser.

Gambar tipu ada beauty apps!

Paling best;
-tercabut habis segala mak nenek "heads" atas muka
-cepat kering, tak payah nak tunggu lama
-tahan sampai 6 bulan ke atas, dekat packaging tulis 12 bulan tahan selepas dibuka

Paling tak best;
-kuat sangat mask dia, memang menangis nak cabut
-harga agak mahal, Cik Timm suggest jadi member Cosway dulu

Selamat mencuba!

Cer share hampa semua guna produk apa untuk basmi whitehead & blackhead ni?

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com