Thursday, April 27, 2017

Puncak Mutiara Cafe aka Restoran Kampung Pelet BEST!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Selalu dengar orang cerita tentang kesedapan makanan disini, suasana pun cantik sangat atas bukit. Akhirnya, berpeluang merasa sendiri makanan yang superb dekat sini. Nasib baik kami datang awal, pelanggan pun belum ramai dan kebetulan ada event di dalam. 


Mula-mula masuk dah blur nak duduk mana, konsep restoran memang terbuka. Tempat duduk ada yang diatas pangking, ada yang tepi kolam, ada yang tinggi kena naik tangga, ada yang boleh duduk bersila. Haaa, macam-macam ada.


Tapi, semua tempat ada pekerja tunggu untuk bagi menu, walaupun kami berdua je, main redah duduk meja besaq. Heheh..
Cik Timm pulak gigi tengah sakit sebab baru settle pasang fully braces. Main pesan je Nasi Goreng dengan Satay. Dah settle order baru teringat, alahai macamana nak makan satay!


Nak order makanan laut semua dah licin. Cik Timm order sekali dengan tomyam ayam, senang buat kunyah-kunyah dengan nasi. Ada satu kad meja abang waiter bagi untuk pembayaran. Abang waiter tu sempat bercerita hujung minggu ada event kenduri. Satu restoran tu fully booking, wauuu... restoran ni boleh dibooking untuk event atau kenduri eh.


Makanan yang diorder pun cepat sampai. Cik Timm pun dengan sopan je nak gigit sate tu, sekali......
LEMBUTNYA!!

Tak payah nak makan rakus-rakus, lembut dan semuanya daging semata-mata, tak ada lemak langsung. Memang Cik Timm recommend sate dia kalau hampa berkunjung ke sini. Air pun Cik Timm recommend Honeydew Shakes dia, memang 2 thumbs up! Serius, ni bukan nak over, tapi memang tak akan menyesal. Makanan kawan tak sempat nak snap, dengan rakus beliau membelasah nasi lemaknya..

Nasi Goreng Satay = RM8.80
Tomyam Ayam = RM8.80
Nasi Lemak Ayam Kampung Berempah = RM11.80
Honeydew Shakes = RM6.80
Laici Ais = RM2.80
Mineral water = RM1.20


Untuk lebih lanjut, hampa boleh lawati;

Official Website: Puncak Mutiara Cafe
Facebook: Puncak Mutiara
Alamat: Lot 179, MK. 3, Kampung Pelet
14400 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang
Hotline No.: 1700 81 9595
Tel.: 04 522 8502 / 522 8503
Fax: 04 5228501
Email: query@puncakmutiara.com


Selamat Ber'foodhunting' di bulan puasa yang bakal berkunjung tiba!

4 comments:

  1. walaupun dekat dengan rumah , masih tak pernah pergi . haha

    ReplyDelete
  2. Alaaaaa .... jauhnya timm dari tempat saya untuk rasa tu. Kalau ada hal serta kesempatan ke utara mungkin nak cuba. Selembut mana satey dia.

    ReplyDelete
  3. sedap !! antara tempat makan fevret.. suka satay =D

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com