Sunday, December 18, 2016

Pengalaman 30 Hari Dengan Braces

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua! Dah cukup sebulan Cik Timm pakai braces. 2 bracket dah tercabut, satu dapat diselamatkan, satu lagi hilang tak tau pi mana. Dua-dua bracket dari gigi sebelah kiri. Dengan wire terkeluar sana sini. Betapa ganasnya diri ini. Mana tidaknya semua makanan main belasah je..


Orang lain pakai braces makin kurus, Cik Timm pulak makin berisi. Bahagia agaknya..


Nak tengok perubahan gigi tak?

16 December lepas ada monthly appointment dengan doktor. Disebabkan Cik Timm belum cabut gigi, tak banyak yang boleh dibuat lagi. Gigi atas dah mula align, tak perasan langsung. Dah mula rasa pelik dari minggu lepas. Ingatkan disebabkan rajin floss gigi sampai gigi jadi jarang-jarang. Rupa-rupanya memang gigi tengah align, sebab tu jadi gitu. Hehehe..


Gigi bawah belum align sebab terlalu crowded berlapis-lapis. InsyaAllah dalam minggu ini jugak kena cabut gigi. Lagi cepat cabut, lagi cepat align dan lagi cepat boleh cabut braces. Huwa!!


Bracket yang tercabut pun doktor belum pasang selagi Cik Timm belum cabut gigi.


Untuk bulan ni, Cik Timm dah pakai getah warna warni tu. Ketat sikit rasa gigi, tegang je. Selama sebulan ni, selalu juga kena ulser atau mata ikan tu. Mula-mula kanan, dah sihat, kiri pulak. Sekarang ulser bawah lidah pulak. Aduhai, air memang berbotol-botol minum. Lepas tu, bibir sentiasa kering jadi sentiasa kena apply lip balm untuk lembabkan balik. 

4 comments:

  1. tak sakit ka masa pasang braces ni tim?

    ReplyDelete
  2. cabut gigi naik seriau...semoga dipermudahkan urusan timm....dan kalau kongsi kos pakai braces ni rasa lagi menarik...mungkin berguna pada orang lain

    ReplyDelete
  3. nanti dah bukak braces gigi dah cantik dah :)

    ReplyDelete
  4. Wow satu bulan dah byk yg b'gerak
    Amazing !!
    Buat dkt klinik mn ni cik timm ?

    Utk ulser tu cik timm kena ambik supplement b complex
    Kalau bole stp hr smpai buka braces sbb pakai braces mmg akn slalu jd ulser
    Berdasarkn pengalaman sndri :)

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com