Sunday, October 09, 2016

Hari Sukan Negara 2016 Peringkat Negeri Kedah di Kulim

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Rutin harian bekerja je, akhirnya Cik Timm mintak cuti weekend ni untuk join Hari Sukan Negara. Tahun ni peringkat negeri Kedah buat di Kulim. Memang dekat dengan rumah, rugi tak join. 


Cik Timm pi pun bukan sekadar melawat je, Cik Timm join Aerobathon. Aerobik selama 2 jam. Haha! Semangat tau sampai beli baju hari sukan negara online dan kasut sukan. 


Orang sangat ramai, macam semut hurung gula. Kiranya memang meriah, paling ramai bebudak sekolah. Dengan persatuan-persatuan macam-macam sekitar Kulim ni semua join pagi ni. Semangat semuanya pakai baju sukan. Agaknya bahang sukan olimpik dan paralimpik masih terasa kot. 


Pelancaran hari sukan negara dimeriahkan lagi dengan skuad bola sepak Kedah turun padang. Hahaha! Memang tak dan nak beramah mesra sebab orang sangatlah ramai. Lagipun join competition pulak, huwaa!!

Gambar ni je yang mampu -__-"

Selepas dirasmikan, baru semua game boleh start. Ada banyak lagi game dan booth yang ada, bola jaring ada, explorace, futsal, cabutan bertuah, kiranya memang banyak aktiviti boleh join. 



Setelah struggle bawah panas selama 2 jam, dan break dalam 5 minit setiap setengah jam sebab tukar instructor, berjaya jugak Cik Timm! Yea! Dari reramai yang join, tinggal bape ketul je. Kesannya muka burn gila, sampai hari ni pedih muka. Jenuh letak moisturizer dekat hidung. Huhuhu..

Memang berjaya Hari Sukan Negara tahun ni, sebab ramai yang join kan? Diharap tahun depan Cik Timm dapat join lagi walaupun akan dibuat di kawasan lain pulak. :)

Cerita anda? Jom kongsi kat sini, nak jugak tau hampa semua buat apa weekend-weekend ni.

1 comment:

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com