Monday, March 10, 2014

Hidup Sihat Di Hujung Minggu


Sekarng ni aku tengok berlambak-lambak produk supplement. Untuk putih gebu, nak kurus, nak tambah berat badan, untuk kesihatan, untuk otak, bla, bla, bla. Memang tersangatlah banyak. Tapi, adakah kita perlu bergantung 100% dengan produk tersebut?

Apa kata, kita curi sedikit masa waktu pagi selepas subuh ataupun waktu petang sebelum maghrib. Kita berjogging dan bersenam. Ha, dapat kita keluarkan peluh dan angin yang tak elok dalam badan. Aku pun dah lama tinggal pt (physical training), memang termengah-mengah dibuatnya. Paling sedap aku asyik sendawa keluar angin. Serius badan jadi ringan selepas jogging.

Lokasi jogging, seronok jugak tinggal di Desa Ilmu ni sebab ada tasik di tengah-tengah taman. Waktu kami ke sana, ramai makcik-makcik, pakcik-pakcik, kakak-kakak, abang-abang beriadah di sini. Paling tak best kalau nampak lelaki remaja melepak ramai-ramai la, sebagai perempuan memang la malu nak jogging depan depa. Eish, malu punya pasal, jogging slow-slow ikut belakang sorang mamat ni. Badan dia agak besar, tapi..aku rasa mau 6 round kot dia pusing tasik. Tabiklah!


Aktiviti kali ini dianggotai oleh, 2 orang housemate dan 2 orang skuad aku yang tinggal di rumah banglo. Nanti kita jogging lagi yer..

Happy Monday guys!

p/s: Baucer buku bermula dari minggu ni dah boleh angkut, mesti ramai gila orang dekat fakulti.. T_T

10 comments:

  1. Betul ...amalan idup sihat bersenam tuh lg bgus kalo nk kurus kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup2..tpi timm xde lor nak kurus2 ni..nk jga kesihtan jer..hehe..

      Delete
  2. ramai nak kurus dan nak instant result..
    kalo jog lmbt diorang ckp..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu nk kurus ni jog je xckup..kna jga mkn..wat senamn lain..bwu mnjadi krusnya..hehe..

      Delete
  3. Bestnya cik tim..dah lama jogging atas treadmill..keseronokan tak samakankan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..agk la..pling mlas pun seminggu skali da ok kot.. ;)

      Delete
  4. lps nie try dancing plak.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Betul tu produk2 tu semua untuk orang malas nak bersenam dan malas nak jaga kesihatan bdan hahahaha :P

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com