Monday, December 23, 2013

Open Table Steamboat Batch 7


Tarikh: 22 Disember 2014 (Ahad)
Aktiviti: Steamboat
Anggota: My beloved skuad (Batch 7) + Tuan Shahir (ajutan)
Tujuan: Open table skuad dengan ajutan yang bakal melangsungkan perkahwinan!
Lokasi: Annuar Bbq Steamboat Corner, Kuching

Kami berlima + Humairah dari geng yang duduk rumah flat keluar awal ke Kuching untuk cari present. Hadiah wedding untuk ajutan yang dah nak kahwin. Kebanyakan ajutan yang datang Unimas ni mesti nak kahwin. Emm..

Pusing-pusing Parkson di Plaza Merdeka, Kuching. Akhirnya jumpa hadiah yang sesuai dengan budget. Alhamdulillah. Punyalah ramai bershopping. Mana taknya, kan hari minggu. Orang nak beli hadiah untuk Krismas lagi.


Selesai shopping, singgah Masjid Kuching untuk solat Maghrib..

Sampai je Annuar Steamboat, punyalah ramai orang. Hujan lagi, parking pun penuh. Sabaq ja lah. Nasib baik dah tempah, 3 meja dah di 'reserve' awal-awal untuk kami. Perut pun berbunyi kriuk-kriuk minta diisi.

The hunger game begin!

 

Yang lelaki berdua atas ni sangat pemalas nauzubillah ye. Nak kena tolong masak dan suap saja. Amboi, manja terlebih kan.

Perut kenyang menghentam semuanya yang ada depan mata. Lupa nak bagitau kan, harga steamboat seorang dah naik harga. Dulu RM20, sekarang dah naik RM22. Tapi berbaloi-baloi jugak sebab banyak pilihan + sedap!

Termangu kenyang tunggu makanan hadam. Hehehe..
Destinasi seterusnya, 'I-City' klon depan Plaza Merdeka. Walaupun hujan, kami tetap lepak sana untuk bergambaq.


Tuan belog pun nak jugak..

Walaupun keadaan hujan, anggap ja salji yang turun sebenarnya. Nak buat macamana, minggu ni memang kawasan Kuching dan sekelilingnya dijangka dalam cuaca hujan sepanjang hari. Tengahari pun hujan lebat sangat-sangat. Dugaan betul untuk orang yang nak study. Mata nak tertutup ja..T_T..

Selamat berstudy untuk student yang tengah struggle dalam study week ni..CHAYOK!!

Nak tengok cerita steamboat lagi?

No comments:

Post a Comment

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com