Thursday, September 05, 2013

Penat = Tired



Fuh, banyak urusan hari ni terpaksa diuruskan. Nasib baik datang awal seminggu sebelum kelas. Inilah rutin hari ini untuk aku yang masih belum habis belajar. Nak buat macamana, tempoh 3 tahun yang sepatutnya waktu belajar aku tak mampu nak habiskan. Tak ada rezeki + ada hikmah disebaliknya. 

Rutin pertama hari ni, senaman berjalan kaki ya ke Bank Islam untuk membayar yuran. Senang sekarang ni, tak payah nak susah-susahkan diri beratur panjang menunggu nak dilayan akak-akak kaunter. Guna mesin ATM pun boleyh *bukan Angkatan Tentera Malaysia ok! Yuran RM801 tunai.

Pastu, patah balik pulak pi Summer Mall. Geletis pulak nak pi sana. Shopping barang dekat Watsons dulu. Nak try guna Garnier pulaklah sebab kulit aku dah macam imun pulak dengan produk Safi. Huhuhu..


Dah pusing tingkat 2 perut sangat lapaq mintak diisi. Kita lunch dulu di SCR (Singapore Chicken Rice). Menu pilihan: Tom Yam Seafood with Kuew Tiaw *tapi dapat bihun, bantai sebat je lah..

Tasha & Kak Maz

Pastu, senaman lagi ke unimas pi tunggu bas untuk ke Barat. Naik la bas dalam kebasahan pi fakulti + HEP. Ramainya budak-budak berMAP / orentasi.

Balik penat jugak tunggu bas 2 jam sekali. Dalam penat-penat pun rajin pulak pi beli barang-barang dapur di Everise. Jalan la kami terkedek-kedek bawak barang berjalan naik tingkat 4. Hari-hari macam ni makin mantap la betis aku! 
Alang-alang, kemas sikit-sikit dapuq yang penuh dengan barang tu. Sambil K Maz goreng kepok *keropok lekor Terima kasih daun keladi Tasha sebab bawak dari kampung ye. Lain kali bawak lagi..


Im so tirezZzZ....
nite uollzZ!

No comments:

Post a Comment

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com