Wednesday, March 27, 2013

Nak Kahwin Ke?



Ingat ya, tak semestinya bila aku dah ambil Kursus Pra-Perkahwinan ni, aku nak kahwin dah esoknya. Mungkin bagi orang lain, depa nak pi dengan pasangan masing-masing kot. Aku? Habuk pun tarak! Lagi best aku join dengan kawan-kawan.

Alhamdulillah, sebab bila senarai jaya keluar. Aku tak terpilih pun, tapi sebab bernasib agak baik, pihak urusetia telefon bagitau masih ada kekosongan. Dengan kegumbiraan, aku kata "YA! SAYA BERMINAT!"


Jadual slot yang perlu belajar..
Bersama akak-akak housemate yang berjaya masuk!

Dalam masa seminggu lagi, dapatlah sijil! 
Read More

Friday, March 22, 2013

Segmen: 5th Anniversary Mini GA


Happy Anniversary to my blogger friend, Kak Mimi. Kak Mimi ni peramah dan sentiasa mengunjung balas kalau kita tinggal komen. Tak sombong tau, bolehlah ramai-ramai mem'follow' beliau. 

Disebabkan keboringan dalam makmal + line maxis yang mantaP! = Jom Join Mini GA Kak Mimi

 

Hadiah yang bakal dimenangi :

Tempat pertama : Cardigan labuh + Sehelai Tudung 
Tempat kedua : Sehelai tudung + Kerongsang
Tempat ketiga : Inner neck + Kerongsang

3 pemenang saguhati

Kerongsang x 3 orang pemenang

 Kepada sesiapa yang nak join, bolehlah klik banner di atas.

p/s: Semoga Kak Mimi berbahagia di samping suami dan anak-anak yang tercinta. Diharap rumah tangga Kak Mimi sentiasa dalam lindungan dan rahmat-Nya. Aminnn.....
Read More

Thursday, March 21, 2013

BB1M RM250 Lenyap!


Dalam masa sebulan, BB1M (Baucer Buku 1 Malaysia) dah selamat aku kerjakan. Ramai jugak yang merungut sebab Kedai Buku Popular ada syarat-syarat untuk guna Baucer tu. [80% buku; 20% alat-alat tulis]

Awal bulan 3 ada jualan buku dari Kedai Smart Book, tanpa syarat! So, RM100 aku berjaya habiskan untuk membeli:

  • Cooler pad, yang lama dah arwah..
  • Buku = 2 ketul, novel + buku agama.
  • Kertas kosong A4.
  • Earphone.
Hujung bulan pulak, ada jualan dari Popular. Demi untuk menghabiskan baki baucer, 2 hari aku pusing-pusing book fair yang dibuka dari 18 - 22 Mac semata-mata untuk cari benda yang menarik untuk dibeli.


Baucer aku dah selamat habis, RM150 baucer + RM24.35 duit sendiri:
  • 6 buku!
  1. A Street Cat Named Bob, dah lama cari buku ni!
  2. Keju, buku masakan untuk abang.
  3.  Al-Mathurat, untuk bacaan doa seharian.
  4. Temptation, dari penulis thriller R.L. Stine!
  5. Membongkar Misteri Sihir, sangat menarik.
  6. Mengapa Israel Begitu, bacaan memberi pengajaran dan keinsafan tu.
  • Beg galas baru!
Berita baiknya, dapat free sebuku poskad Gempak.Starz + RM50 Gift Baucer (tamat bulan 9!) + Kad Diskaun 10% (untuk setahun).



Kawan-kawan seperjuangan lain yang dapat BB1M apa pula ceghita hampa??
Read More

Sunday, March 10, 2013

Tips Untuk Bibir Cantik & Sihat


Berangin bila pakai, SEDAP!
Semalam rajin pulak singgah ke Guardian beli Lip Ice FRUITY perisa Lemon. Dulu pernah guna warna biru, perisa apa pun aku dah lupa. Lama sangat dah tak beli Lip Balm ni. 

Nak tips bibir menawan? Berikut ada 9 tips yang anda boleh amalkan!



1. Sentiasa lembapkan bibir.
Bibir anda perlu sentiasa dilembapkan. Semakin lembap bibir, semakin cantik dan sihat bibir anda. Sentiasalah membawa pelembap bibir dengan anda.
p/s: Aku sentiasa bawa Vaseline dalam beg.


2. Berus dan buangkan kulit kasar.
Setiap pagi, amalkan dengan memberus bibir kasar anda dengan berus gigi lembut. Kemudian, sapukan pelembap bibir untuk melindungi dan mengekalkan bibir yang lembut.


3. Menyapu pelembap bibir sebelum memakai lipstik.
Bibir anda akan dilindungi dengan lapisan perlindungan daripada pewarna tiruan lipstik tersebut.


4. Memakai pelembap bibir sebelum tidur.
Dengan cara ini, dapat mengelakkan kehilangan dan mengekalkan kelembapan bibir anda. Apabila bangun pagi, anda akan bangun dengan bibir yang lembut!


5. Menggunakan pelembap bibir yang mempunyai SPF.
Bibir anda akan dilindungi dari sinaran UV merbahaya. Sentiasalah menggunakan pelembap bibir yang akan melindungi bibir anda seluruhnya. 


6. Berhenti menjilat bibir anda!
Setiap kali anda menjilat, air liur akan menjadikan bibir anda kering kerana lembapan tersebut akan hilang disebabkan sejatan air ke udara. Bibir anda akan menggelupas dengan cepat.

7. Jangan menggigit bibir anda.
Menggigit bibir anda untuk membuang kulit mati menjadikan bibir anda makin kering, menggelupas, berdarah dan susah untuk sembuh.


8. Minum air yang banyak.
Jika anda dihidrasi, bibir anda akan menjadi petunjuk pertama. Sentiasalah minum air yang secukupnya untuk kebaikan badan anda.
p/s: Sekarang ni aku sentiasa amalkan minum air sebotol (500ml) sebelum tidur.


9. Makan makanan berasaskan buah dan sayuran.
Kandungan vitamin dan serat di dalam buah dan sayuran bagus untuk kulit termasuk untuk bibir anda. 

Sumber: www.lipice.com.my
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com