Thursday, December 27, 2012

Bowling Time


Berita gumbira! Berita gumbira! Alhamdulillah masalah K.U.T.U. dah selesai. Aku sudah bebas dari "Kutu Durjana". Kalau nak tau cerita pasai kutu, mai la ke entry [INI]. Kalau aku berjangkit lagi memang aku nak mengamuk macam orang Histeria la..

Hari ini adalah ubat stress aku yang kedua. Nak tau ubat stress yang pertama? Sila ke entry [INI]. 

  • Aktiviti: Bowling
  • Tempat: UNIMAS Bowling Centre, BHEP
  • Tarikh: 27 Dec. 2012
  • Masa: 2pm-4pm
  • Bayaran: 1 Game=RM3+KAD MATRIK. Kasut=RM1.
Besaq jugak tau..
Kalau nak tau, UNIMAS merupakan satu-satunya universiti yang menyediakan pusat bowling sendiri di dalam kampus. Dalam ini juga disediakan permainan snooker untuk menambahkan bahan penghilang stress. Dulu pusat karaoke pun ada, tapi sekarang dah takdak. Aku ni dah masuk tahun 3 pun baru jejakkan kaki dalam pusat bowling ni. 

Bola aku saiz 8 (small) yang kaler oren. Hehehe.
Nak tunjuk perempuan yang main, malu pulak. Semua dalam posisi t_nggek. Letak gambaq aku sendiri sudah la kot (budget terror main di situ..). Asyik ke longkang je bola aku. T_T

FOUL!! Kaki tu cecah garisanlah! Alamak..
Apo kono eh Timah..hehehe..

Tak cukup 1 round, 2nd round pulak main. Di join dengan pak cik berbaju putih ni ha! (pemain bowling kolej ni...).
Gaya profesional (cehh..)
Kak Maz, pemain pro jugak ni..
Aimi, Eikyn n Kak Pah.

Geng profesional nie..

Game 3rd round pulak, mai lagi sorang pemain handalan dari fakulti. Kahar bersweater hitam!

Cewah, dah dapat rentak mainan..
Terror gak ni, diam-diam ubi berisi!
Eley, macho la tu kan.. =. .="
Anda BERANI menyahut cabaran kami!
Nak jadi duta sat..
Stress hilang+duit aku pun melayang RM10. Lagipun ni pun salah satu bentuk senaman kan. Tak kanlah dalam minggu study week nak duduk depan meja study je kot. Betul tak?

Jom Senaman!


11 comments:

  1. rindunya, nak main boling kat unimas.. k-box ada lagi tak???

    ReplyDelete
  2. wah syok lah unimas ni siap ada boling dgn snooker....mesti murah ni....

    ReplyDelete
  3. bestnya... ada tempat bowling kat u.. bestlaa unimas, kan?

    ReplyDelete
  4. salam tmah..:)

    ajar ayie main bowling boleh? :D

    ReplyDelete
  5. wah ! best nye ber - bowling . dah lama pulak mun tak g bowling . hehe

    ReplyDelete
  6. @ayie: salam ayie, boley2..he3..xde la teror sgt pon..hik3..
    @cikmun: jom la join..he3..

    ReplyDelete
  7. saya pn berminat nak mencuba maen boling ni. ;p

    ReplyDelete
  8. Hai guys...nak tanya student UiTM dapat ke main bowling dekat sana?

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com