Monday, July 16, 2012

Ajaran Sesat di Kulim!

Ermm, amat sensasi tajuk kita pada entry kali ini. Bukan ajaran sesat, tapi aku yang tersesat. Nasib baiklah aku bertolak awal dari rumah. Aku tersilap jalan untuk ke Pulau Pinang. Aku pi sampai Butterworth nuh! Sampai masuk dalam kawasan kontena. Astaga! Terok sungguh. Kelakar pun ada. Confident saja aku menonong masuk dalam kawasan tu. Aku pun mula rasa semacam tanya la seorang pak cik pekerja dekat situ. Dengan murah hatinya dia tunjuk jalan dekat aku. Dia tanya aku orang mana,

 "Orang Kulim". 
"Pak cik pun orang Kulim".

Haha! Sekampung la. Nasib baik ada pak cik yang baik ni. Dia pelik jugak, kenapa aku boleh lepas masuk dalam kawasan tu. HAAA!! KANTOI GUARD CURIK TULANG!! Hehehe..

Aku nak ikut jambatan jugak, tapi semua jalan menghala ke Terminal Feri. Alang-alang, tak laratlah aku nak patah balik sebab jauh. Motor skuter aku mluncur laju terus ke Terminal Feri. Bayar tol RM2. Mahal dari naik jambatan. LOL. Jambatan RM1.40 sen je. 

Lama jugak nak tunggu turn naik feri ni eh. Baru aku tau! Feri yang kedua baru aku dapat naik. Cepat-cepat hantar mesej kat Kak Yu aku. Dia gelak! Aku sendiri ketaq lutut taw! Tapi baguih jugak. Lama aku tak naik feri ni. 

Penunggang motosikal yang sangat ramai!
Kak Yu aku pesan, lepas keluar saja dari feri, ikut kiri saja untuk ke Bayan Lepas. Lepas tu, tengok signboard saja. Ake kena melalui Shell..Tesco..Yeah! Signboard ke USM sudah muncul. Alhamdulillah! Menu sarapan aku pagi ini ialah "angin". Akhirnya sampai sudah di bawah hujung jambatan Pulau Pinang. USM kan berada betul-betul di depan jambatan Pulau Pinang. Alhamdulillah sekali lagi. Syukur!

Sesampai saja USM, terus ke Lab sebab sudah pukul 9. Fuh! Se"slow-slow" aku bawak pun dapat sampai tepat masa jugak eh. Masuk lab, on laptop! Google Map! Pastu baru sedar dekat mana aku silap jalan..


Ok, dah nampak sudah aku silap jalan dekat mana. Sepatutnya belok kiri, menonong ja aku terus. Sesuka hati aku ja ya! Iah-Ish-Ish..

Jalan-jalan cari pasal..

Nampak gayanya jalan sebelah sini aku sudah tau. Pulau Pinang! Kau tunggu ya, aku pusing 1 pulau nanti noo! Hehehe. Aduh! Kelakar bila ingat balik, malu+segan+lawak semua ada. Aduhai..

Duduk diam-diam ye awak! Cantik betul view dari tingkap,
nampak motor skuter aku.




Cantik pulak pemandangan dari Desasiswa Saujana ni. Biasalah, tingkat 7, sudahlah atas bukit. Nampak semua! Tak la semua pun..

Mood hari ni, "Bersyukur!!"

2 comments:

  1. salam saya pon berminat nak apply intern di usm (spesifiknya di informm). naktanya dari hostel ke fakulti/makmal boleh jalan kakike berapa minit? lepastu dia charge asrama berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emm, sye dduk hostel yg luar dr usm..jauh sikit..tpi ada bas yg dtg pickup..cas asrama by hari, ratenya sye da lupa..cuba call utk kepastian..

      Delete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com