Thursday, April 26, 2012

Bicara Cinta, Sebelum Semasa & Selepas

Lamanya aku tak mengeluarkan entry terbaru. Semata-mata sebab takdak mood. Memory card handset rosak, lagipun sangatlah sibuk dengan asemen (assignment) yang banyak tak terkira. Dalam kesibukan tu, sempat jugak aku ikut akak housemate, Kak Husna ke Forum Bicara Cinta.

Tarikh : 19 April 2012
Tempat : DK, CTF 1
Ahli Panel :
Nur Mastura Mansur (Kak Mas, pelajar Master Communication Unimas) rasanya..

Amin Idris (Pengacara TV Alhijrah)

Imam Muda Najdi

Kak Husna cuma ajak-ajak aku macam tu ja, aku pun menonong saja ikut. Pukul 7.30pm dah siap naik bas turun di HEP. Tunggu Kak Hajar yang baghu habis kelas.

Sian Kak Hajar, baghu nak makan nasik..
Dari kiri Kak Husna, Kak Aini, Kak Etty n Kak Hajar


Nasyid dari UNIMAS


Macam biasa kalau majlis ilmu macam ni perempuan sentiasa ramai..
"Lelaki semua ada di rumah, baca Yassin", malam Jumaat kan...
Fuh, memang agak rugi sapa yang tak ikut pi malam tu. Dok dating saja tau, dengaq forum macam ni tak mau pulak ikut.

Antara info yang aku ingat sampai sekarang :

  • cinta adalah sesuatu yang sangat suci
  • dalam sesuatu perhubungan, ibu bapa kedua-dua belah pihak perlu tahu yang anak masing-masing sedang berkawan sebab.."REDHA ALLAH DATANGNYA DARI REDHA IBU BAPA".
  • orang yang banyak alasan adalah "BANGAU", kihkihkih...
  • jika sesuatu perhubungan itu menyebabkan kita sakit, kenapa perlu tunggu..JUST SAID "FORGET IT, ENOUGH IS ENOUGH!"
  • perkahwinan bukan kerana cinta, tetapi kerana "PENERIMAAN"
Tak banyak yang aku ingat sebab aku tak catat apa-apa pun. Hehehe..mana aku tau panel dia best sangat-sangat. Agak memberi info jugaklah aku mai forum macam ni. Insyaallah kalau ada lagi forum macam ni UNIMAS buat, aku sanggup pi..

Terima kasih Kak Husna sebab ajak (",)





Read More

Thursday, April 19, 2012

cARA nak Menghilangkan PArut

Disebabkan aku sekarang tengah bergelut dengan parut dekat muka ni, korek-korek Mr. Google, jumpalah artikel yang menarik CARA UNTUK MENGHILANGKAN PARUT.

PETUA 1
Gunakan daun lidah buaya. Ambil lendir dan sapukan di parut. Lebih efektif pada parut yang masih baru.
p/s : mana pulak aku nak cari pokok lidah buaya nieyh??

PETUA 2
Gunakan biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Goreskan biji tu atas batu atau permukaan kasar untuk dapatkan serbuknya. Titiskan air dengan serbuk tadi dan gosok pada parut.

PETUA 3
Tumbuk kulit kayu manis sampai lumat. Campurkan dengan air dan bancuh dengan bedak sejuk. Dah siap, sapukan di parut.

PETUA 4
Ambil asam jawa + air dan ramas. Jangan terlalu cair. Sapukan di parut. Biarkan sehinggan kering. Lakukan pada malam sebelum tidur.

PETUA 5
Gunakan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas dengan gosokkan setiap hari.

PETUA 6
Sapukan sebarang ubat gigi setiap hari.
p/s : gilo! 1st time aku dengaq

PETUA 7
Beras + kunyit hidup + bawang putih + air. Kisar sehingga halus. Ratakan di muka dan biarkan sehingga kering. Gosokkan perlahan-lahan seperti memakai skrub.

PETUA 8
Daun pegaga + akarnya sekali. Cuci bersih dan giling sehingga lumat. Campurkan dengan bedak sejuk. Lumurkan di parut sebelum masuk tidur.

PETUA 9
Tepung ubi + kunyit hidup. Letak di parut muka atau badan.

PETUA 10
Asak kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan di parut setiap malam.

PETUA 11
Timun dikisar dan ditapis airnya. Tampalkan hampas di parut dan biarkan setengah jam. Cuci bersih menggunakan air suam.

PETUA 12
Daun senduduk direndam + cekur + segenggam beras. Giling sehingga lumat. Sapukan di parut 2 kali seminggu.

PETUA 13
Sepuluh helai daun sirih muda ditumbuk sebelum ditempel pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

PETUA 14
Ubi kentang dikukus dengan membuang kulitnya. Apabila sudah masak, lumatkan sehingga halus. Tempelkan di parut dan dibiarkan kering. Lakukan selalu sehinggan kesan parut hilang.
p/s : tak pasal-pasal aku tukaq gheja, makan pulak..

PETUA 15


Payah sangat aihh nak buat petua orang tua-tua ni. Pi farmasi, cari benda ni. Alhamdulillah, parut makin hilang.  Tapi kan, benda ni kecik ja dah berharga RM18+. Demi parut punya pasal.

PETUA 16
Beli produk yang ada Vitamin E. Memang bagus untuk hilangkan parut.

Harap-harap sembuh cepatlah parut aku ni.. =(

Read More

Sunday, April 15, 2012

LaTIHAN mEnembak STAYER AUG

Latihan menembak kali ni bagi aku sangat tak best. Sebab :

1. weapon berkongsi
Junior saja yang ambil weapon. Hari pertama junior Unimas dengan Intermediate Uitm yang pergi menembak. Kami yang tinggal ni kena berkawad, bersukan dengan pakai half medan. Fuhh, malam tu troih kena h*** sebab junior banyak buat salah. Memang baguih...

2. kenderaan nak bawak ke Sampadi limited
Sebab tu kami pi menembak asing-asing. Gila penat waktu menembak sebab tak ramai. Lepaih penat jaga benteng tempat sasaran orang menembak, lari-lari pi tempat menembak pulak. Memang menembak sambil termengah-mengah. Melilau-lilau aku menembak. Entah kena ke dak papan sasaran tu.

3. tak sempat menembak 200 meter
Hujan yang melanda tiap-tiap petang membataskan pergerakan.

4. mata tembakan aku yang terok berbanding waktu aku junior
Agaknya tak dapat fokus kot. Dulu senang-senang aku dapat kutip mata 40++ untuk 100meter, kali ni aku dapat 19 ja..Mata dikira dengan mata di tengah 5, kedua 4, ketiga 3 dan luar papan 2.

Hari pertama, Sabtu-8 APR 2012 :
Junior Unimas dengan Intermediate Uitm ke Base TUDM Kuching untuk ambil Stayer. Kami yang lain-lain ada pt pagi. Lepas sarapan kawad tauliah sampai tengahari. Petang ada sukan pakai half (seluar medan+baju sukan).

Hari kedua, Ahad-9 APR 2012 :
Kami yang tinggal semalam pulak ada menembak.


Palapes Darat Unimas pun ada..
Menembak, menembak jugak, solat jangan lupa..

Geng-geng intermediate berehat selepas lunch..
Hari ketiga, Isnin-10 APR 2012 :

Hanya yang berjaya dapat markah tertinggi hari pertama dengan kedua yang dapat pi menembak untuk hari ketiga. Senior 8 orang, Intermediate 16 orang tak silap, Junior pun sama 16 orang. Ingat-ingat lupa pulak aku lepaih otak kiri aku ni bergegar. Aku pun dapat join untuk ganti Uitm yang tak join. Tengok-tengok esoknya, orang yang aku ganti tu mai pulak. Dapat la aku jadi fitik peluru. Gheja aku jaga peluru+isi peluru. Dapat la aku ambik gambaq banyak-banyak.

Pelarasan untuk tembakan 200 meter
Kadet dengan pengasuh masing-masing

Semua berdebar-debar untuk tembak piring


Tuan Willy yang jaga keluar masuk peluru
Tuan Fendi dengan Tuan Bonnie
Aku pembantu Qie untuk fitik peluru

Ni lah gheja aku, dok main dengan peluru n kelopak

Keputusan menembak kumpulan Junior menang. Fuhh, terror tuh. Bila balik saja, dalam bas semua tidoq tak ingat dunia. Semua terlentok-lentok. Termasuk aku. ZZZZZ...

Read More

Saturday, April 14, 2012

muKA YAng luMPUH SEBELAH KIRI

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya mengharungi Latihan Berterusan selama seminggu. 3 hari ada Latihan Menembak di ULS Sempadi, 4 hari Karnival Sukan.

Ok la training ni. Dengan ajutan bawu pulak. Tegas gila-gila. Kecut gak perut aku sebenaqnya..

Tapi kan...kesan yang paling ketara training kali ni..bukan muka hitam. Sebab tu benda biasa, tapi..muka aku.,



Gila cemei habes muka aku. Gara-gara sukan bola baling. Kena rempuh dengan 2 owang yang berganda besaq pada aku. Memang kirim salam sajalah. Terkepit aku dekat situ. Mata bengkak, bibir pecah, kulit terkopak sebab kena spek lawan. Adui, kelas mula minggu depan. Macamanalah aku nak pi fakulti tu. Nak naik bas lagi. Sengsara aku tanggung malu. 

INFO :
Mata lebam dapat dilihat dengan kelopak mata dan sekitarnya menjadi hitam kebiruan dam bertukar menjadi ungu. Antara faktor yang menyebabkannya seperti pukulan di hidung, atau sekitar mata kerana cairan akan berkumpul di jaringan longgar dari kelopak mata.

Tolonglah cepat baik. Dah tak tahan, makan pun sakit beb. Nak cakap sakit, nak gelak kuat-kuat pun sakit. Risau aku sebab telinga jadi bengang, mata kiri aku kabur. 

Nak pi klinik malas pulak.......

Ganjaran untuk muka aku nie :

Emas untuk bola baling!!

Read More

Friday, April 06, 2012

SEsi Lab aQUATIC BOtANY

Makmal Mikroskop 10
Minggu lepas sepatutnya ada makmal. Tapi, batal pula, minggu ni ada. Bermaksud bertambahlah kerja pada cuti semester ini. Bermaksud bertambahlah meluat sebab ada Latihan Berterusan cuti selama seminggu ni. Stresssss.....Betul, aku tak ada hati langsung nak masuk latihan sebab banyak sangat assignment! Of course la jugak sebab ada orang yang aku tak suka. Terima kasih.


Menunggu classmate yang "otw"..
Baik, hari ini aku nak ajar cara-cara nak guna slide dengan betul. Cewah, macam pro..

1) Titikkan setitik sampel air di atas 'glass slide'. Letak secukup rasa, kita tak mau dia melimpah bila kita letak 'glass cover'.

2) Yang ni paling tricky bila letak glass cover. Kita tak nak ada 'gas bubble' dalam tu. Sebab nanti susah nak tengok spesimen.
Tangan kiri tekan hujung glass slide, tangan kanan pegang glass slide..
3) Dengan perlahan-lahan menggunakan tangan kanan, jatuhkan glass slide atas sampel air tu. Lepas tu kalau ada sisa-sisa air tepi tu, guna la tisu lapkan sikit. Dah siap!

Bolehlah tengok bawah 'light microscope'.


Pastikan guna lens yang paling rendah dulu..
Antara spesies 'plankton' yang dapat..
Lepas tu, Prof bagi sampel air dari tasik unimas. Segar lagi, semua masih hidup. Lagi banyak benda 'phytoplankton' dalam tu. Lagi enjoy tengok!



Berpinau + juling mata tengok mikroskop lama-lama. Adoi..makmal pula dari pukul 9-12pm..

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com