Thursday, March 22, 2012

MAMU CORNER TERBAEKKKKK!!!!

Duduk di Sarawak ni, semua makanan rasa tak kena dengan tekak. Hujung minggu bila takdak training, boring pulak. Nak ikot geng-geng pi Sarikin, takdak duit pulak. So, dekat ghumah pun tak masak langsung. Sebab ada 3 oghang saja. Nasib baik, oghang rumah bawah masak lebih,  depa ajak makan sekali.

Alhamdulillah, terima kasih Kak Hajar, Kak Aini n Kak Etty..
Pastu, jalan-jalan tengok baju bundle kat Almariku Bundle dengan Kak Hajar, Kak Aini n Kak Etty. Melayang RM15 duit aku. Patutnya depa bayaq komisen sebab berbuih mulut aku mempromosi kedai bundle ni. HAHA!! Aku rasa dah 3 kali dah aku shopping sini. Alamak, kantoi pakai baju bundle. Tapi apa kurangnya baju bundle. Pandai pilih, rajin cari, dapat baju yang cun-cun n tahan lama.

Penat bershopping dekat My Bazaria, (Kak Hajar sedih sebab kedai Sweerheart dah tutup) tekak depa gatai nak makan cendol. Tak sangka pulak dekat belakang ni ada kedai kecik nama Mamu Corner.


Nasi lemak n telur
p/s : banyak gila nasinya..

Char kuey tiaw

ABCdefgh....

Cendol pulut
Gila punya puas hati. Dah lama sangat aku mengidam nak makan Char kuey tiaw ni, boleh tahan sedap jugak. Boleh rekemen dekat kawan-kawan ni. 

Kuiz untuk hari ini, apakah nama buah ini?




Sapa yang tau tu bagus, yang tak tau mai aku nak habaq. Buah atas sekali yang kaler merah tu Buah Usong, bawah tu bentuk buah dia. Yang kaler hitam tu pulak Buah Keranji. Buah yang ada dalam pantun "Buah keranji dalam peti.." tuh.

Silap-silap! naseb bek ada rakan blogger yang habag..maseh no..pantun dia berbunyi :

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan dia makan,
Suruh mengaji dia tak tahu..

Rindunya pantun budak-budak yang selalu ada dalam buku teks sekolah rendah dulu-dulu.. ('',)

Aduhai, sekarang ni serabut pulak kepala sebab dah mula sibuk. Lab dah mula esok, hujung minggu ni ada field trip paya bakau. Tak pi training. Sama juga, tak pi training pun hitam jugak dok maen panas kat sana nanti. Hurmmmm...

2 comments:

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com